Siti Nur Artieqah Binti Azhar
SITI NUR ARTIEQAH BINTI AZHAR (AIA160053)
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam refleksi kendiri ini, saya ingin menyatakan apa yang telah saya perolehi
sepanjang menjalankan projek untuk Jalinan Masyarakat. Seperti semua sedia
maklum bahawa kami sekelas telah bersetuju untuk menjalankan projek ke kampung
orang asli dimana ianya sebuah kolaborasi antara sebuah projek daripada Kolej
Kediaman Tuanku Kurshiah iaitu Regain Experience Asli Life(REAL) dengan kami
semua iaitu para pelajar jurusan antropologi dan sosiologi.
Sepanjang tempoh projek ini dijalankan iaitu
dari awal mulanya persediaan sehinggalah ke hari terakhir projek ini
berlangsung, banyak yang saya perolehi. Bagi saya, kursus jalinan masyarakat
ini telah membuka peluang untuk saya lebih rapat dengan kelompok masyarakat.
Ini kerana kami telah berjaya membantu masyarakat orang asli di kampung yang
kami pergi dan ianya merupakan sesuatu yang jarang untuk kami semua lakukan.
Walaupun dalam sepanjang proses persediaan saya pada mulanya kurang senang
kerana saya telah diberikan jawatan sebagai ketua biro aktiviti dan biro saya
perlu menguruskan segala perkara untuk aktiviti slot ‘My Dream’. Sedangkan saya
tidak pernah mempunyai pengalaman menguruskan biro aktiviti. Jadi saya
menganggap ini merupakan cabaran untuk saya dan saya telah menjayakan tugas
saya dengan sehabis baik. Namun begitu, segala kurang senang yang saya lalui
hilang apabila saya sampai ke kampung orang asli tersebut. Sambutan dari orang
kampung yang meriah dan segala bantuan yang diberi menyebabkan saya rasa bahawa
tiada apa yang perlu saya khuatiri. Semuanya akan berjalan dengan lancar.
Selain itu,saya merasakan dari projek yang
telah dijalankan ini saya sentiasa berasa bersyukur dengan apa yang saya
miliki. Melihat kepada kekurangan yang ada pada masyarakat orang asli yang
menetap di kampung tersebut, saya merasa bahawa mereka tidaklah begitu senang.
Namun masyarakat di kampung ini hidup bahagia dengan apa yang mereka miliki
disamping orang yang mereka sayangi. Pada ketika itu, sifat sentiasa bersyukur
hadir dalam diri saya kerana apa yang saya dapat daripada masyarakat di kampung
tersebut ialah kebahagiaan bukanlah kerana kebendaan semata-mata. Alhamdulillah
saya bersyukur dengan apa yang saya miliki.
Saya juga memperoleh sesuatu yang bernilai
sepanjang projek ini dilaksanakan. Ianya adalah sebuah hubungan persahabatan
yang tiada nilai. Sejujurnya saya akui bahawa sebelum ini saya dan kawan
sekelas yang lain tidaklah serapat mana. Namun persahabatan antara kami semua
mula menjadi semakin rapat apabila semua orang datang untuk membantu pada
ketika biro saya mempunyai masalah. Pada ketika itu, saya sudah mula rasa ingin
berputus asa namun apabila saya perlukan bantuan ramai orang pada saat itu
untuk selesaikan kerja-kerja biro aktiviti, mereka semua hadir dan memberi
bantuan serta sokongan kepada saya untuk todak berputus asa dan mereka telah
menyakinkan saya bahawa saya mampu melakukannya. Persahabatan telah tercipta
dan ianya tidak ternilai. Terima kasih kepada kawan – kawan sekelas saya yang
banyak membantu. Sangat saya hargai dan semoga persahabatan kita akan terus
kekal hingga selamanya.
Sekian ini sahaja refleksi kendiri yang saya
ingin catatkan. Terima kasih kepada Dr. Rosila yang bertugas sebagai penyelia
projek kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menjalankan projek
ini. Kepada pengarah Rashidah terima kasih kerana telah banyak berusaha untuk
menjayakan projek ini. Kudos. Kepada rakan – rakan sekelas yang lain, tahniah
kerana telah berjaya menjalankan projek untuk kursus jalinan masyarakat ini dan
terima kasih atas segala bantuan yang telah diberikan dan jasa semua amatlah
saya hargai. Terima kasih.
Comments
Post a Comment