Nadiah Safirah Binti Suznan


 
NADIAH SAFIRAH BINTI SUZNAN (AIA160047)

                  Apa yang saya dapat daripada program Jalinan Masyarakat ini saya dapat mengenal erti “Persahabatan”. Saya yakin ramai antara saya akan cakap tentang masyarakat orang asli serta budaya kehidupan mereka. Namun begitu, bagi saya persiapan sebelum dan selepas yang kami lakukan bersama sangat bermakna bagi saya kerana daripada situ la kami belajar bagaimana nak selesaikan satu masalah bersama-sama serta daripada situ juga la kami semua mulai rapat dan mengenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam.

                  Program yang kami jalankan di perkampungan Orang Asli di Pahang selama tiga hari itu tidak akan berjaya sekiranya kami satu kelas tidak membantu antara satu sama lain. Sebelum program ini dijalankan, Rashidah sebagai pengarah projek ini telah membahagikan kami kepada beberapa unit dan setiap unit telah diberikan beberapa tugas yang perlu diselasaikan. Kami semua tidak fokus pada unit kami sendiri, tetapi kami bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama-sama unit lain. Sebagai contoh, setiap dari kami turut bersama mencari tajaan untuk menjayakan program ini.

                 Pengalaman yang saya peroleh di perkampungan Orang Asli ni sangat menarik kerana ia merupakan pengalaman baru untuk saya dan rakan-rakan sekelas saya mengikuti satu lawatan bersama-sama. Kami bersama-sama belajar mengetahui cara kehidupan mereka disana, bagaimana budaya mereka diperkenalkan serta serba sedikit tentang latar belakang kehidupan mereka.

                 Bagi saya , projek seperti Jalinan Masyarakat ini bukan sahaja membantu kami mengenal budaya orang asli malah kami sendiri dapat mengenal erti setia kawan serta semangat kawan antara kami sendiri. Saya berharap projek sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia merupakan salah satu kenangan yang terindah bagi saya. Segala kekurangan yang kami hadapi membuat kami lebih bekerjasama dalam menyelesaikan tugas yang diberikan serta segala kebaikan yang kami perolehi membuat kami lebih matang dalam melakukan sesuatu perkara.

Comments

Popular Posts